Isnin, 7 Mac 2016

Cintailah Alquran Dan Hadis Dekatilah Keduanya Dengan Sesungguh Hati!


assalaamualaikum11 anislamphrase20
 FIRMAN ALLAH yang bermaksud
Kitab (Al Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa, Albaqarah: Ayat 1
Dan Sabda Nabi SAW yang bermaksud
Aku tinggalkan untuk kalian dua perkara. Kalian tidak akan sesat selama berpegangan dengannya, iaitu Kitabullah (Al Qur'an) dan sunnah ku. (HR. Muslim)
Penegasan  Allah SWT mengenai kebenaran kitabNya dan wasiat Nabi Muhammad SAW yang WAJIB/PATUH menjadi pemimpin kepada semua keperluan ibadah kita,  tidak terkecuali termasuk dan berkait juga untuk hal-hal kemeslahatan kehidupan duniawi dan ukhrawi semuanya mestilah berlandas ALQURAN dan HADIS!
Ketahuilah bahawa apabila kita meninggalkan ALQURAN dan HADIS sebagai panduan dan atau pemimpin kita maka  jalan yang kita lalui itu adalah jalan yang sesat bukan jalan sunnah Rasulullah SAW
Sabda Nabi SAW   yang bermaksud
Sesungguhnya ucapan yang paling benar adalah Kitabullah, dan sebaik-baik jalan hidup ialah jalan hidup Muhammad, sedangkan seburuk-buruk urusan agama ialah yang diada-adakan. Tiap-tiap yang diada-adakan adalah bidaah, dan tiap bidaah adalah sesat, dan tiap kesesatan (menjurus) ke neraka. (HR. Muslim)

Kamu akan mengikuti perilaku orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sehingga kalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu ikut memasukinya. Para sahabat lantas bertanya, "Siapa 'mereka' yang baginda maksudkan itu, ya Rasulullah?" Beliau menjawab, "Orang-orang Yahudi dan Nasrani." (HR. Bukhari)

Adalah tujuan, matlamat dan niat hati saya adalah semata-mata untuk mempertahan dan memperjuangkan kesucian agama Allah dari segala bentuk kerosakan dan kemusnahan yang dilakukan oleh orang orang kafir mahu pun mereka yang mengaku beragama islam akan tetapi tingkah laku mereka yang mengaku penganut islam ini bersama-sama orang kafir membantu membuat kerosakan dan juga melakukan pencemaran terhadap agama mereka yang suci ini samaada secara sedar atau sebaliknya, namun kita sebagai AHLI SUNNAH WAL JAMAAH tidak boleh membiarkan pencemaran dan kerosakan agama ini dari terus bermaharajalela atau berleluasa!.

Sebagai seorang muslim dan takut kepada siksa Allah maka saya rasa terpanggil untuk menulis di blog sebagai satu cara dan usaha saya berdakwah dan mengajak umat islam kembali kepada Al Quran dan hadis yang SAHIH seperti dalam urusan-urusan:

Bersuci, mandi junub, berwuduk dan bertayamum  
Mendirikan solat, berzikir  dan berdoa selepas solat    
Membaca  Al Quran, kenduri kendara, menziarahi kubur    
Majlis Nikah Kahwin, perayaan ulang tahun (maulid. dll)    
Berubat, untuk sakit fisikal dan sihir dan hajat2 lain      
Mendirikan solat sunat dan berpuasa sunat 
Makan, minum dan adabmya  
Pemahaman tentang islam dan tauhid 
Berpaikaian bagi lelaki dan wanita 
Adab pergaulan antara sesama manusia
Dan banyak lagi perkara-perkara lain yang kita WAJIB PATUH atas segala perbuatan ibadah dan urusan-urusan kehidupan MESTILAH berlandaskan ALQURAN dan ALHADIS!
SERUAN saya:
Marilah kita sama-sama menjaga diri dan ahli keluarga kita dari AZAB API NERAKA Allah, jauhilah dari segala perbuatan yang bertentangan dengan ALQURAN dan ALHADIS.
Jauhilah dari segala perbuatan BIDAAH dalam beribadah (beribadah tanpa ada contoh dari Rasulullah SAW) dan perbuatan SYIRIK! (Menyembah selain Allah) Kerana perbuatan bidaah menyebabkan kesucian agama kita tercemar dan menghapus sunnah Nabi SAW, (dibenci oleh Allah tetapi disukai oleh iblis dan syaitan di kalangan jin dan manusia, dan semua ibadah yang bercampur dengan bidaah adalah ditolak Allah!) 

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
Bahwa seorang badui datang menemui Rasulullah saw. lalu berkata: Wahai Rasulullah, tunjukkanlah kepadaku suatu perbuatan yang apabila aku lakukan, aku akan masuk syurga. Rasulullah saw. bersabda: Engkau beribadah kepada Allah tanpa menyekutukan-Nya dengan sesuatu, mendirikan salat fardu, membayar zakat dan puasa Ramadan. Orang itu berkata: Demi Zat yang menguasai diriku, aku tidak akan menambah sedikit pun dan tidak akan menguranginya. Ketika orang itu pergi, Nabi saw. bersabda: Barang siapa yang senang melihat seorang ahli syurga, maka lihatlah orang ini. (Shahih Muslim No.16)

Janganlah sekali-kali kita melakukan perbuatan syirik terutama syirik besar  terhadap Allah (antaranya, menyeru orang mati termasuk roh Nabi SAW, wali-wali, orang-orang saleh dan sebagainya) kerana Allah tidak akan mengampunkan perbuatan syirik tetapi Allah hanya mengampunkan dosa-dosa walau sebesar dunia sekalipun!

Nabi saw. bersabda: Jibril as. mendatangiku dengan membawa kabar gembira bahwa barang siapa di antara umatmu meninggal dalam keadaan tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu, maka ia masuk syurga. Aku (Abu Dzar) bertanya: Meskipun ia berzina dan mencuri? Nabi menjawab: Meskipun ia berzina dan mencuri. (Shahih Muslim No.137)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan